Showing posts with label Fadhilat Quran -Hadith 40... Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Quran -Hadith 40... Show all posts

4/15/2008

Ayat AsSajdah(Sujud)30ayat/Mekah

Antara fadhilat yg sempat didapati drpd Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan
bg siapa yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini;-ialah
*Terlepas daripada seksa kubur.
*Mendapat pahala besar seperti solat pd malam Lailatul-Qadr
*Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
*Dikurniai nur pada dirinya ketika mati.

Whoaahhhh....hebatnye dikurniai "nur" ketika mati kann..

Hadis daripada Jubair pula bermaksud: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga membaca Surah As-Sajdah dan Al Mulk"..


Terjemahan AsSajdah.

[1]
Alif, Laam Miim.
[2]
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
[4]
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
[5]
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
[6]
Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
[7]
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
[8]
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
[9]
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
[10]
Dan mereka (yang kafir) itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? ” (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
[11]
Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.
[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
[13]
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.
[14]
(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
[15]
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
[16]
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
[17]
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
[18]
(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
[19]
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
[20]
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.
[21]
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
[22]
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.
[23]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
[24]
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
[25]
(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
[26]
Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
[27]
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
[28]
Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[29]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)”.
[30]
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).

4/12/2008

Surah Al-Mulk, Mekah

Apr15,2008 TAMBAHAN.
Daripada An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca Surah Al_mulk setiap malam makan ALlah mencegahnya daripada AZAB KUBUR. (Hadis Riwayat An Nasai)

FADHILAT SURAH AL-MULK
Abu Hurairah radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda. "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati memberi syafa'at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."

Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke-9 didalam kiraan Islam ). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam 'Lailat-ul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e Abbas radi-Allaho 'anho : " Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alihe wasallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.

Khalid Ibn-e Ma'dan radi_Allaho'anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa beasr yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. " Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.

" Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa , "surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf'atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, : Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.

Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata . "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah ! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampunanMu.



Terjemahan Surah Al-Mulk.

[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9]
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10]
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
[24]
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
[30]
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Tags: Al-Mulk, Mekah

1/19/2008

Hadith 6-Fadhilat AlQuran-Perbandingan orang yang membaca dan tidak membaca AlQuran.

Way Too Happy Hazrat Abu Musa rh meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW telah bersabda," Perumpamaan seseorang Mukmin yang mebaca AlQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmun yang tidak membaca AlQuran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca AlQuran adalah seumpama buah peria pahit, buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafik yang membaca AlQuran adalah seprti bunga 'raihanah', berbau harum tetapi berasa pahit."(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nisai dan Ibnu Majah).



Keterangan:

Hadith ini bermaksud membandingkan perkara yang tidak nyata dengan perkara yang nyata supaya perbezaan antara membaca dan tidak membaca AlQuran mudah difahami oleh akal fikiran. Walaupon demikian, kemanisan dan keharuman AlQuran tidak boleh dibandingkan sama sekali dgn limau manis dan buah tamar.



Dalam kitab Abu Daud , sedikit tambahan berfaedah..iaitu kawan(sahabat) yang baik adalah seumpama penjual kasturi, sekiranya kamu tidak mendapat kasturi drpdnnya pun, sekurang kurangnya kamu akan dapat menghidu bau kasturi yang harum. Kawan yang jahat adalah umpama adalah seumpama penjaga dapor arang, walaupon tidak terkena kesan hitam, masih tidak dapat mengelak drpd asap dapor itu. Ini adalah satu perkara yg sangat penting, seseorang itu hendaklah selalu meneliti kawan-kawannya, org yang jenis manakah yang sentiasa dia berkawan dan bercampor gaul?
Crying 1












Hadith 5- Fadhilat AlQuran- HASAD HANYA DIBENARKAN DALAM DUA PERKARA.

Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma meriwatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang.Shock 4
Seseorang yang Allah SWT telah merahmatinya dengan pembacaan AlQuran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah SWT) siang dan malam.(Hadith riwayat Bukhari,Tirmizi dan Nisai).

Keterangan:-
Daripada ayat2 AlQuran dan hadith hadith dapatlah diketahui bahawa hasad (dengki) adalah satu perkara yang keji dan diharamkan secara mutlak. Sebaliknya hadith ini membenarkan hasad itu kepada dua jenis orang. Oleh kerana hadith yang mengharamkan hasad itu lebih banyak dan lebih mashur maka para ulama telah menerangkan hadith di atas dengan DUA cara,.

Pertama, hasad yang terdapat dalam hadith ini difahami dengan makna 'bercita cita untuk mendapatkan sesuatu drpd orang lain tanpa ada perasaan dengki.' Sifat ini disebut dalam bahasa 'Arab' sebagai "ghibtah". Perbezaan antara hasad dan 'ghibtah' adalah, hasad merupakan keadaan seseorang yang apabila melihat sebarang nikmat yang ada pada seseorang yang lain maka dia mahukan nikmat itu hilang drpd orang tersebut, tidak kira sama ada nikmat itu diperolehinya atau tidak. Sementara 'gibtah' pula ialah keinginan secara umum supaya nikmat seperti itu hilang drpd org tersebut atau tidak. Oleh kerana hasad adalah HARAM secara ijmak(Kata sepakat Ulama)maka para ulama telah menggunakan lafaz hasad dalam hadith ini secara kiasan dengan makna 'ghibtah'.
'GHIBTAH' dibenarkan dalam hal hal keduniaan dan digalakkan dalam hal hal agama.

Maksud kedua, ialah,mungkin juga perkataan itu digunakan secara andaian iaitu kalaulah hasad dibenarkan maka kebenaran itu hanyalah terbatas kepada dua perkara tersebut sahaja.
I Love You





Hadith 4-Fadhilat Qur'an-Ganjaran bagi pembaca yg lancar dan tidak lancar.

Hazrat Aisyah rha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Seseorang yang ahli dalam AlQuran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca AlQuran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran."
(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud , Tirmizi dan Ibnu Majah).

Keterangan:(aku amik sepenuhnya sebab betol memotivate org2 mcm aku..)
Bravo Seorang yang Ahlil dlm AlQuran bermakna seseorang yg menghafal Quran dgn baik dan sentiasa membacanya. Sekiranya dia dpt menguasai makna dan maksud AlQuran maka adalah lebih baik lagi. Akan berada bersama malaikat membawa maksud sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan AlQuran dprd Luh Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi ALlah SWT) demikian juga pembaca AlQuran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari Kiamat.

Seseorang yang TERSEKAT SEKAT akan mendapat DUA ganjaran, (1)ganjaran utk bacaannya dan (2) kerana dia menangungg susah payah dalam bacaannya yang tersekat sekat.

Adapon ganjaran pd yg mahir adalah lebih dan berlipat kali ganda.

Keyword here USAHA LAGI!
Mulla 'Ali Qari rah telah menukilkan semula daripada hadith riwayat Tabarani dan Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal AlQuran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran. Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercitacita menghafal AlQuran tidak ada kekuatan utk menginatinya, namun dia tidak meninggalkan pembacaan maka dia akan dishimpunkan oleh ALlah SWT bersama para hafiz pd hari Kiamat.
Yes!






Hadith 3- Fadhilat Quran-Ganjaran dua,tiga dan empat ayat AlQuran.

Hadith3-
Hazrat Uqbah bin Amir rha berkata ,"Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas 'suffah' dan bertanya,'Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau 'Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan(tali) silaturrahim?Kami menjawab,"Setiap orang drpd kami akan menyukainya". Lalu Rasulullah SAW bersabda ,"Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat drpd AlQuran adalah lebih baik baginya drpd dua ekor unta betina ,tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina , dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan(alibil)"
(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.)
...... panjang hadis nie..
Beating Heart Keterangan yg boleh aku paham ek dr panjangnyer explaination. "Suffah" satu lantai khas ditinggikan dlm masjid Nabi SAW(okay....new thing)...ini tempat Muhajirin miskin berhimpun dan berubah semasa ke semasa . "Buthan dan Aqiq" dua tempat berhampiran Madinah yg terdapat pasar unta.... Well org Arab suke unta especially Unta Betina bonggol besar. Fainting baru ku tauu... Ayat hadis "tanpa melakukan satu dosa pon" bermaksud buat sesuatu tanpa sebarang usaha yg tak baik seperti merompak dsbnya... Maksudnya Rasulullah SAW bermaksud yg membaca sepotong Ayat Quran lebih afdhal. Sdgkan mempunyai/menghimpun unta itu bersifat sementara. Besides membaca Ayat AlQuran ,mempelajari dan sebagainya adalah lebih berkesan dan bersifat selamanya.
Kirenyer setiap ayat itu lebih baik drpd bilangan unta..itu.

Humm make sense .






Hadith 2-FadhilatQuran-Kelebihan tilawah dan ketinggian kalamullah.

Dari Hazrat AbuSai'id rha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; "ALlah berfirman ,"Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa utk mengingatiKu dan berdoa kepadaKU kerana sibuk dgn AlQuran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan ALlah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggingian ALah SWT ke atas segala makhluk(ciptaanNya).(Hadith riwayat Tirmizi,Darimi dan Baihaqi).

Keterangan:
Maksud hadith iaitu bile kite sentiasa sibuk mempelajari ,menghafal atau memahami AlQuran
sehingga tidak punya masa utk berdoa makan ALlah SWT akan mengurniakan kepadanya kite sesuatu yang lebih baik drpd yang diberikan kpd org lain yang berdoa kepadaNya. Hysterical
ermmm maksudnya pahala yang lebih afdhal.!!

ermmm keriyut2 perotku...tapii aku puase 10Muhamrram termasok semalam..Eating Pizza

Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.
(ini tulisan Ahmad Fadhli, Kaherah)






Hadith 1- Fadhilat AlQuran.ORANG YANG TERBAIK





Jumpe buku nie..never read b4. Coz given by someone so called, am curious abt his understanding abt Islam,his a tabligh..given to me was like 7/8 years ago. And baru nak buker and bace...aku doakan die dan keluargenye dirahmati ALlah SWt dlm setiap perjalanan hidupnya.InsyaAllahAmin. I think i love this book. Walaupon nampak simple but the ingredients inside it really amazing and what am looking for. Okay let see ,40 hadith Fadhilat AlQuran. ermm....membaca,fahamkan dan tuliskan ,itu lebih mendalam pemahaman kite. Tah aku rase laa... hee .
Love YouHADITH 1

Hazrat Uthman rha meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda, "Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar AlQuran dan mengajarkannya." (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud,Tirmizi,Nisai dan Ibnu Majah).
Keterangan:


Dalam kebanyakan kitab,hadith ini dinyatakan de ngan perkataan *wau*(ini hurup wau aku taktau nak upload kat sini nanti aku pikirkan ek..Blushy) yakni 'dan' sebagaimana yang diterjemahkan diatas. Dalam keadaan ini ganjaran yang besar adalah bagi sesiape yang belajar AlQuran yang mulia dan kemudian mengajar kepada orang lain. Namun demikian dalam setengah kitab, hadith ini diriwayatkan dengan perkataan ***yakni 'atau' yang memberi makna 'yang terbaiik antara kamu ialah orang yang belajar AlQuran atau yang mengajarkannya. Mengikut riwayat ini ganjaran dankelebihan adalah umum, samada orang itu belajar untuk dirinya sendiri atau mengajarkan AlQuran kepada org lain. Setiap orang drpd mereka akan mendapat kelebihan dan ganjaran tersendiri.
Sebenarnya AlQuran itulah Islam. Oleh itu, agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran AlQuran. Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik orang yang mempelajari AlQuran atau mengajarkannya dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Walau bagaimanapon terdapat darjah kedudukan yang berlainan. Darjah yang terbaik iala mempelajari AlQuran dengan makna dan maksudnya dan darjah terendah ialah mempelajari lafas AlQuran shj. Mafhum kedua drpd hadith di atas (sebagaimana yang diriwayatkan dgn lafaz yang bermakna'atau')menyokong hadith yang diriwayatkan secara mursal oleh Hazrat Sa'id Ibni Salim rha. "Sekiranya seseorang yang memperoleh ilmu AlQuran mengganggap orang yang diberikan sesuatu nikmat yang lain itu lebih baik drpdnya maka dia telah menghina nikmat Allah SWT yang telah dikurnikan ke atasnya". Ini adalah jelas apabila perkataan Allah SWT adalah yang terbaik antara segala perkataan adalah lebih baik drpd segala sesuatu yang lain.,sebagaimana yg akan diterangkan dlm hadith yang akan datang.
Stationary Bike Menarik buku nie!!...ada hadith lain mengatakan bahawa sesiapa yang memperolehi ilmu AlQuran,die telah menyimpan ILMU KENABIAN d kepalanya!!. Shocked
Hazrat Sahl Tustari rah berkata;"Tanda cinta kepada ALlah SWT ila wujudnya cinta terhadap perkataan AllahSWT dalam hati.". Dalam kitab'Syarah Ihya Ulumuddin' terdapat senarai orang yang akan diberi PERLINDUNGAN di bawah naugan 'Arash ALlah SWT pada hari pengadilan yang menggerunkan, anta mereka adalah ORANG YANG MENGAJAR ALQURAN KPD KANAK2 ISLAM dan juga MEREKA BELAJAR SEMASA USIA MUDA dan TERUS AMBIL BERAT BACA ALQURAN BILA DEWASA. Clapping Hands

Okay benti rehat AsSolat Dzuhri.