4/12/2008

Surah Al-Mulk, Mekah

Apr15,2008 TAMBAHAN.
Daripada An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca Surah Al_mulk setiap malam makan ALlah mencegahnya daripada AZAB KUBUR. (Hadis Riwayat An Nasai)

FADHILAT SURAH AL-MULK
Abu Hurairah radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda. "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati memberi syafa'at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."

Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke-9 didalam kiraan Islam ). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam 'Lailat-ul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e Abbas radi-Allaho 'anho : " Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alihe wasallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.

Khalid Ibn-e Ma'dan radi_Allaho'anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa beasr yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. " Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.

" Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa , "surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf'atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, : Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.

Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata . "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah ! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampunanMu.



Terjemahan Surah Al-Mulk.

[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9]
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10]
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
[24]
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
[30]
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Tags: Al-Mulk, Mekah