Keterangan:
Maksud hadith iaitu bile kite sentiasa sibuk mempelajari ,menghafal atau memahami AlQuran
sehingga tidak punya masa utk berdoa makan ALlah SWT akan mengurniakan kepadanya kite sesuatu yang lebih baik drpd yang diberikan kpd org lain yang berdoa kepadaNya.

ermmm maksudnya pahala yang lebih afdhal.!!
ermmm keriyut2 perotku...tapii aku puase 10Muhamrram termasok semalam..

Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.
(ini tulisan Ahmad Fadhli, Kaherah)