2/15/2009
Assalammualaikum Cinta..*senYum*
Assalammualaikum cinta..salam buatmu cinta..
Cinta milik Allah SWT..
hanya buat hati hati yang menghargai..
Lautan dan pantai ...ada tenang disana;ada cinta
ada cinta yang singgah..
ada cinta yang melara parah..
ada cinta disana sedang tersenyum..
sambut salam cinta..
cinta buat dirimu, diriku...
terimalah cinta ciptaan Allah SWT buat kita.
"True love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen".Kata kata Francois Duc de La Rochefoucauld.
Berikut kata kata Imam Ghazali-Kitab Minhajul 'Abidin.
"Tiap2 yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan DIA. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antaradirinya dan SIA. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada ALLAH SWT. Semakin kuat mahabbah antara Muhib(pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuh' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi - Robbi".
ermmm...biler memasak jugerk memerlukan cinta, dan fokusi hati yang tepat..
dan hasilnya...umpama luahan cinta dalam masakan...
jika hati kacau...masakan end up takmenjadi..
Cinta datang melalui pelbagai cara dan keterbiasaan..
cinta itu ada di dalam hati...dan HATI MILIK ALLAH..
Cinta akan pergi jika disini tidak diperlukan cinta..
Cinta perlukan usaha..dan berdoalah agar cinta itu dr Allah SWT menjadi pinjaman buat kita.....walau sekejap cuma..maka hargai.
"Man jadda wajad".-Pepatah Arab "Siapa bersungguh-sungguh dia mendapat.".
Aku cemas bila kehilangan kau..
Aku cemas pada kerisauanku
-Sajak John Cornford terjemahan Chairil Anwar.
**sambungan sendiri..
Aku cemas jika kau tiada..
Aku risau bila ketiadaan mu menjadikan cemas dan gelabahku menyatu..
Aku buntu..