4/06/2008

Sejauhmaner BOIKOT BARANGAN berkesan keatas negara pelobi hina Islam?




...aku tau Shell ini milik Belanda coz aku handling account Royal Dutch Shell
this is the PAM's name(parent)..kaloo dakk mati2 hingat UK.
Soo gunelah Petronas...(since selalu gune turunlaa reger minyak kan..
ini berkerass je..lu tak perlaa PakLahhh lu TOL pon lu lalu jer..
wa ari2 pigi kije..byr TOL byr minyak..lu minyak pon 'kite org' support..
bikin panass saja..

3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-
1. Minyak Shell
2. Dutch Lady
3. Philips
Muslim digesa boikot barang Belanda
Mar 29, 08 6:40pm
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet.

Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris.

Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.

Tindakan pemulauan tersebut, tegasnya, boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, katanya semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tersebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".

Akibat salah faham

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai... tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," katanya.

Semalam, Liveleak.com berkata ia telah membuang video tersebut ekoran bantahan umat Islam, tetapi ia masih boleh dilihat di laman web lain, termasuk di Youtube.com.

Kementerian Luar Malaysia juga mengecam Geert Wilders kerana menerbitkan tersebut.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata perbuatan tersebut menghina Islam dan tidak menghormati sensitiviti dunia Islam.

Singapura juga turut mengecam filem tersebut, yang menurut timbalan perdana menterinya Wong Kan Seng menghina orang Islam.

"Kebebasan bersuara tidak memberi lesen kepada sesiapa pun untuk menghina agama atau bangsa yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.

Iran, Bangladesh dan Indonesia - tanah jajahan Belanda - turut membantah penyiaran filem itu.




Sufiah: Sudah jatuh ditimpa tangga
Apr 1, 08 11:49pm
kemaskini 6:50am Nasib malang keluarga Sufiah Yusof, dulu pelajar pintar matematik paling muda di Universiti Oxford, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Selepas gempar dengan berita wanita ini, kini 23 tahun, menjadi pekerja seks di Manchester, hari ini ibunya pula dilaporkan meninggalkan rumah dan dalam proses memohon perceraian.

Halimahton, yang dilahirkan di Johor, dan anak-anaknya yang lain tidak sanggup lagi hidup bersama Farooq Yusof, lapor akhbar The Telegraph.

Perkahwinan pasangan itu mula bergoncang apabila Yusof, yang mempunyai rekod jenayah, didapati bersalah mencabul kehormatan dua pelajarnya, 15 tahun, sewaktu mengajar matematik.

"Kami tidak mahu apa-apa lagi dari bapa," Isaac Abraham, 26, abang Sufiah sewaktu meninggalkan rumah mereka di Conventry.

"Bapa suka mendera kami. Itulah puncanya Sufiah melarikan diri," katanya kepada akhbar utama Britain itu.

Bekas suaminya Jonathan Marshall sangat terkejut apabila mendengar kisah pelacuran Sufiah.

"Saya benar-benar terperanjat. Ia sangat menyedihkan," katanya.

"Sangat memeranjatkan - lebih-lebih lagi latar belakangnya sebagai seorang Islam.

"Melihat gambar seseorang berbuat begitu (melayan nafsu lelaki) - seseorang yang saya kenali sangat dekat - ia membuat saya bertanya-tanya bagaimana dia boleh jadi begitu."

Akhbar News of the World hujung minggu lalu mendedahkan seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.

Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.

Sufiah, yang berwajah ceria, dilaporkan tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.

Menurut Bernama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) akan melancarkan "Program Selamatkan Sufiah", kata menteri di JPM Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga menyarankan umat Islam agar menggunakan kemahiran memblog untuk menjelaskan Islam dan menangkis tanggapan negatif terhadap agama.

Mengulas kontroversi filem pendek Fitna arahan ahli politik Belanda, Geert Wilders, Zahid berkata:

"Masa inilah untuk membuktikan kemampuan mereka jangan hanya gunakan blog untuk kutuk kerajaan sahaja."SOURCE malaysikini.com

i dont know what exactly happened to you..
Cumenyer ; are all the statements in the newspaper are they correct?
betolker ayah mendera?betolker die mencabul kehormatan? it cud be anything..
kenape amik langkang terlalu mudah menjadi...??tak mampu nak sebut..
ataupon propagand barat yg bahukan org Islam ini hancur dan dilanyak imejnya?
ataukah ada org perseorangan yg telah merancang kejatuhan Keluarga Islam ini?
ataukah mungkin plan ini dirancang dgn rapi dgn mental-torchured melalui anak2 Islam pintar ini? Wallahuaklam bissawab.